Monday, September 1, 2014

Mohon Dihilangkan Rasa Was-was

 



Mohon Dihilangkan Rasa Was-was


هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Arti:
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu
H.R. Tirmidzi

DOA DI MINA



DOA DI MINA



اللَّهُمَّ هَذِهِ مِنَى فَامْنُنْ عَلَيَّ بِمَا مَنَنْتَ بِهِ عَلَى أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَ . سُبْحَانَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ عَرْشُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الأَرْضِ سَطْوَتُهُ سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْبَحْرِ سَبِيلُهُ ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي النَّارِ سُلْطَانُهُ ، سُبْحَانَ الَّذِي فِي الْجَنَّةِ رَحْمَتُهُ ، سُبْحَانَ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاءَ وَوَضَعَ الأَرْضَ بِقُدْرَتِهِ سُبْحَانَ الَّذِي لاَ مَنْجَا وَلاَ مَلْجَأَ مِنْهُ إِلاَّ إِليْهِ.

Artinya:

Ya Allah, daku memohon dengan berkat Mina ini Engkau anugerahkan daku dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali Engkau dan hamba-hamba Engkau yang taat kepada Engkau, Maha Suci Allah yang ArasyNya terletak di langit, Maha Suci Tuhan yang memperlihatkan kekuatanNya di bumi, Maha Suci Tuhan yang menjalankan segala lautan, Maha Suci Tuhan yang melihatkan kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Tuhan yang melihatkan rahmatNya di dalam syurga, Maha Suci Tuhan yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Tuhan yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata.

Sunday, August 31, 2014

DOA DI WADI MUHASIR



DOA DI WADI MUHASIR


Disunatkan bagi jemaah haji mempercepatkan langkah ketika melalui wadi Muhasir dan menyebut :

اللَّهُمَّ لاَ تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ وَلاَ تَهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ...

Artinya:

Ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu dan janganlah Engkau hancurkan kami dengan azabMu. Ampunilah kami sebelum itu. Daku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam.


DOA MUZDALIFAH



DOA MUZDALIFAH



اللَّهُمَّ کَمَا أَوْقَفْتَنَا وَأَوْرَيْتَنَا إِيَّاهُ ، فَوَقِّفْنَا لِذِکْرِكَ کَمَا هَدَيْتَنَا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا كَمَا وعدتنا بِقَوْلِكَ ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ : (فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ , ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ )

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ يَا غَفُورُ يَا رَحِيمُ أَنْ تَفْتَحَ ِلأَدْعِيَتِنَا أَبْوَابَ اْلإِجَابَةِ ، يَا مَنْ سَأَلَهُ الْمُضْطَرُّ أَجَابَهُ ، يَا مَنْ يَقُولُ لِلشَّىءٍ کُنْ فَيَکُونُ .

اللَّهُمَّ إِنَّا جِئْنَاكَ بِجَمِعِنَا مُتَشَفِّعِينَ إِلَيْكَ فِي غُفْرَانِكَ ذُنُوبَنَا ، فَلاَ تَرُدَّنَا خَائِبِينَ , وَآتِنَا أَفْضَلَ مَا تُؤْتِي عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ وَلاَ تَصْرِفْنَا مِنْ هَذَا الْمَشْعَرِ الْعَظِيمِ إِلاَّ فَائِزِيْنَ غَيْرَ خَزَايَا وَلاَ نَادِمِيْنَ وَلاَ ضَالَينَ وَلاَ مُضِلِّينَ ، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

اللَّهُمَّ وَفِّقْنَا لِلْهُدَى وَاعْصِمْنَا مِنْ أَسْبَابِ الْجَهْلِ وَالرَّدَى وَسَلِّمْنَا مِنْ آفَاتِ النُّفُوْسِ فَإِنَّهَا شَرُّ الْعَدْوَى ، وَاجْعَلْنَا مِمَّنْ أَقْبَلْتَ عَلَيْهِ فَأَعْرَضَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَخُذْ بِأَيْدِيْنَا إِلَيْكَ ، وَارْحَمْ تَضَرُّعَنَا بَيْنَ يَدَيْكَ ، إِلَهَنَا قَوِّمْنَا إِذَا اعْوَجَجْنَا ، وَأَعِنَّا إِذَا اسْتَقَمْنَا ، وَکُنْ لَنَا وَلاَ تَکُنْ عَلَيْنَا وَأَحْيِنَا فِي الدُّنْيَا مُؤْنِينَ طَائِعِينَ وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِيْنَ تَائِبِينَ ، وَاجْعَلْنَا عِنْدَ السُّؤَالِ تَائِبِينَ ، وَاجْعَلْنَا مِمَّن يَأْخُذُوْنَ کِتَابَهُم بِيَمِيْنِهِمْ ، وَاجْعَلْنَا يَوْمَ الْفَزَعِ الأَکْبَرَ مِنَ الآمِنِينَ ، وَمَتِّعْنَا اللَّهُمَّ بِالنَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ الْکَرِيْمِ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Artinya:

Ya Allah ya Tuhan, sebagaimana Engkau himpunkan kami dan Engkau perlihatkan kami pada hari ini, berilah taufik kepada kami untuk mengingati dan memujiMu dengan kebesaran Engkau sepertimana yang telah Engkau tunjukkan kepada kami, ampunilah kami serta kasihkanlah kepada kami sebagaimana yang telah Engkau janjikan kepada kami di dalam kitab Engkau al-Quran ( apabila kamu telah selesai menunaikan rukun haji kamu, iaitu berwukuf di Padang Arafah maka hendaklah kamu mengingati Allah banyak- banyak dengan menyebut-nyebutNya di Al-Masy'ar Al-Haram (Muzdalifah) sebagaimana yang telah diberi pertunjuk kepada kamu, sesungguhnya kamu sebelum daripada mendapat hidayat pertunjuk daripada Allah adalah di dalam keadaan sesat yang amat nyata. Setelah selesai kamu berzikir di sini turunlah kamu ke Mina sepertimana yang dilakukan oleh semua manusia dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Allah, bahawasanya Allah itu Amat Mengampuni dan Amat Mengasihani).

Ya Allah, kami memohon kepadaMu Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Belas Kasihan, terimalah segala permintaan kami! wahai Tuhan yang menerima segala permintaan mereka yang di dalam kecemasan, wahai Tuhan yang apabila menghendaki sesuatu berlakulah perkara itu dengan tidak dapat dirintangi lagi,

Ya Allah ya Tuhanku, kami ini datang beramai-ramai untuk mendapat keampunan daripada Engkau di atas segala dosa kami. Janganlah Engkau kecewakan kami, berilah kepada kami sepertimana yang Engkau berikan kepada hamba-hamba Engkau yang salih-salih, janganlah Engkau palingkan kami daripada tempat suci ini melainkan kami mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak pula kami daripada golongan orang yang sesat dan menyesatkan wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah ya Tuhan, berilah pertunjuk dan taufik kepada kami, peliharakanlah kami daripada terjerumus di dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan kami daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah kami daripada golongan orang yang menjauhkan diri dari runtunan hawa nafsu yang buas kerana itulah sejahat-jahat musuh yang berjangkit. Ya Allah, jadikanlah kami daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapi Engkau tidak kepada yang lain. Bawalah kami ke jalan Engkau,kasihan belaslah ketika kami bertadharuk bersemadi terhadap Engkau.

Ya Allah, perbetulkan kami kiranya kami telah menyeleweng, perkuatkanlah kami di dalam pendirian kami, hidupkanlah kami dalam iman dan taat kepada Engkau, matikanlah kami di dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Jadikanlah kami daripada mereka yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah kami daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kesukaan kepada kami ya Allah dengan dapat memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia dengan berkat rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi

DOA BERCUKUR (Sambil memegang rambut di kepala)



DOA BERCUKUR (Sambil memegang rambut di kepala) :


اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ , اللهُ أَکْبَرُ ,

اللَّهُمَّ هَذِهِ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ فَاجْعَلْ لِي بِکُلِّ شَعْرَةٍ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاغْفِرْلِي ذَنْبِي يَاوَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ آمِينَ .

الْحَمْدُِللهِ الَّذِي قَضَى عَنِّي نُسُکِي آتِنِي بِکُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةً . وَامْحُ عَنِّي بِهَا سَيِّئَةً وَارْفَعْ لِي بِهَا دَرَجَةً وَاغْفِرْلِي وَلِلْمُحَلِقِيْنَ وَالْمُقَصِّرِينَ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ ، اللَّهُمَّ زِدْنِي إِيْمَانًا وَيَقِيْنًا وَتَوْفِيقًا وَعَونًا ، وَاغْفِرْلَنَا وَِلآبَائِنَا وَِلأُمَّهَاتِنَا وَِلأَزْوَاجِنَا وَِلأَوْلاَدِنَا وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، آمِيْنَ.

Maksudnya :

Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung. Ya Allah ya Tuhan, inilah ubun-ubunku maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku dihari kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan yang amat luas pengampunan amin. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatkanlah daku dengannya darjat, ampunilah daku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang lslam.

Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kami, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, amin.

DOA SETELAH SELESAI SA’IE



DOA SETELAH SELESAI SA’IE


رَبَّنَا تَقَبَّل مِنَّا وَعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا وَعَلَى طَاعَتِكَ وَشُکْرِكَ أَعِنَّا وَعَلَى غَيْرِكَ لاَ تَکِلْنَا وَعَلَى الإِيْمَانِ وَالإِسْلاَمِ الْکَامِلِ جَمِيْعًا تَوَفَّنَا وَأَنْتَ رَاضٍ عَنَّا .

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ الْمَعَاصِي أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي وَارْحَمْنِي أَنْ أَتَکَلَّفَ مَا لاَ يَعْنِيْنِي وَارْزُقْنِي حُسْنَ النَّظَرِ فِيْمَا يُرْضِيْكَ عَنِّي يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ .

Artinya:

Ya Tuhan, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung .kepada yang lain selain dariMu. Matikanlah kami didalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah daku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.